by Adhadi Mohd
Salah satu mitos dalam fotografi adalah, kena shoot raw atau shoot jpeg saja.
Nasihat begini akan menyebabkan terbitnya mindset yang fixed dalam teknik. Dalam mengajar kita tak boleh tetapkan setting kepada pelajar berdasarkan kesukaan kita atau berdasarkan situasi yang spesifik.
Fotografi adalah bidang yang luas, ada yang shoot family, ada yang shoot corporate, ada shoot wedding, ada yang ada komputer terkini, ada yang takde komputer, ada yang mampu mahir editing, ada yang buta warna atau tak mampu memahami pun apakah itu fail zip.
Apabila bertemu dengan pelajar yang berusia lebih 50 tahun dimana mereka cuma nak shoot family travel dan tak berapa ada masa nak spent dengan komputer, saya akan nasihat, shoot jpeg saja sehinggalah kita benar benar faham apa itu format raw. Dalam banyak situasi, penerangan ini sudah memadai dan kita mempunyai masa utk menerangkan tentang perkara lain dalam komposisi seperti framing, foreground, background, contrast dan sebagainya.
Apabila bertemu dengan pelajar yang nak meningkatkan pendapatan, kita tahu knowledge dalam raw adalah satu ilmu yang penting untuk mereka. Saya selalunya akan menerangkan apakah raw, apakah jpeg, bila masa kita pakai jpeg saja, bila masa shoot raw saja, bila masa kita shoot dua dua. Penerangan ini mengambil masa, kadang kadang memerlukan praktikal dan yang lengkap memerlukan peserta melihat sendiri dan mencuba sendiri proses dari shoot dan editing.
Dalam gambar corporate yang saya shoot hari ni, saya decide shoot full raw + jpeg small. Kegunaan jpeg itu adalah untuk quick preview dalam kamera dan mobile teethering. Saiz tiada masalah kerana saya shoot dalam controlled enviroment.
Ada masanya kita akan shoot Full JPEG saja kerana menimbangkan faktor KEPERLUAN PELANGGAN, MASA DELIVERY, BUDGET dan KAMERA YANG DIGUNAKAN.
Jika saya shoot wedding, biasanya bayaran tu tidaklah sehingga kita boleh spend masa yang lama utk enhance gambar dan most gambar akan end up dalam album custom dengan saiz yang kecil. Jadi shoot JPEG sudah memadai. Mungkin ada gambar portrait atau family yang kita akan print besar, yang ini saya akan shoot raw untuk memastikan kualiti tertinggi.
Kadang kadang, kita akan shoot event dimana keperluan merakam burst adalah penting. Disini kita ada dilema dengan jumlah buffer, write speed dan moment yang perlu dirakam. Merakam JPEG saja akan membantu mempercepatkan write speed dan buffering proses kerana saiznya yang kecil dan membantu kita merakam burst dengan lebih banyak.
Banyak kali saya dapat student yang menggunakan kamera entry level, dengan card yang dia dapat masa beli kamera. Cita cita nak jadi wedding photographer dan itu sajalah resources yang dia ada. Masa ini sangat penting apa yang kita advice dia, kerana fixing them untuk shoot raw akan memberikan dia masalah bila nak shoot burst dan storage. Maka kita perlulah advice dengan panjang lebar... dan ini pun masalah juga kerana masa training yang limited dan kita perlu ajar banyak lagi benda lain.
Jadi bila kita memilih format fail dalam kamera, sebenarnya kita kena memikirkan apa strategi kita, dan macamana kita nak execute strategi itu secara optimum. Storage adalah sesuatu yang limited dan kita juga perlu memikirkan secara long term.
Dalam mengajar, kita juga perlu memahami yang orang akan mengambil nasihat kita berdasarkan HEADER... jadi kalau anda suruh shoot raw, dia akan shoot raw saja.. shoot wedding pun shoot raw, customer nak slideshow right after event pun dia akan shoot raw, which akan menyusahkan diri dia sendiri. Sgt sedikit orang akan baca full artikel macam artikel saya ini, mostly tak prefer baca kerana panjang. Dan bagi yang "bukan follower" dia tak akan baca dengan berhati hati. So kena consider orang akan skip last advice dalam artikel.
As a trainer, kita nak student bijak membuat pilihan, dan sometimes kena bagi simple fact dan sometimes kena bagi full instruction. Kita cuma mampu cuba the best dan kadang kadang kita akan buat silap dalam judgement pun. Dan the best yang boleh kita buat adalah untuk inspire student student kita untuk banyakkan membaca, dapatkan ilmu, banyakkan percubaan dan dapatkan feedback dari orang yang lebih berpengalaman. Sekiranya kita mengajar tapi dalam masa sama kita meluaskan pengaruh dengan cara memburukkan orang lain, kita tak layak menjadi panduan untuk orang lain.
source: https://www.facebook.com/adhadi03/posts/1109534699188436
source: https://www.facebook.com/adhadi03/posts/1109534699188436
No comments:
Post a Comment